Aitana Bonmati berehat lima bulan selepas jalani pembedahan fibula

BARCELONA, 3 Disember – Pemain tengah Barcelona dan Sepanyol, Aitana Bonmati dijangka berehat selama kira-kira lima bulan selepas menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan retak tulang fibula kiri, menurut kenyataan kelab pada Selasa.

Pemenang tiga kali Ballon d’Or itu mengalami kecederaan tersebut ketika sesi latihan bersama skuad kebangsaan Sepanyol pada Ahad, menjelang aksi timbal balik final Liga Negara-Negara Wanita di Estadio Metropolitano, Madrid pada Selasa.

Pemain berusia 27 tahun itu beraksi dalam perlawanan pertama pada Jumaat lalu di Kaiserslautern yang berakhir tanpa jaringan.

Sepanjang kariernya, Bonmati telah menjulang Piala Dunia bersama Sepanyol, selain memenangi edisi terdahulu Liga Negara-Negara Wanita di mana beliau turut menjaringkan gol dalam perlawanan akhir.

Bersama Barcelona, Bonmati juga telah memenangi tiga trofi Liga Juara-Juara dan enam gelaran liga.- REUTERS

Hey there! Ask me anything!