Bintang Kanada McIntosh dominasi 400m gaya bebas di US Open

HOUSTON, 5 Disember – Perenang Kanada, Summer McIntosh, mencatat masa kedua terpantas dalam sejarah 400m gaya bebas dengan 3:55.37 saat, meraih kemenangan di US Open jarak panjang di Austin, Texas, pada Khamis.

Perenang berusia 19 tahun itu kembali beraksi selepas menarik diri daripada Piala Dunia jarak pendek Oktober lalu kerana sakit. McIntosh berkata ini adalah perlumbaan pertama musim ini bersama jurulatih baharu, Bob Bowman, dan beliau teruja dengan prestasinya.

“Ini masa terpantas saya dalam musim ini, jadi saya teruja untuk capai lebih baik selepas ini,” katanya.

McIntosh pemenang tiga pingat emas pada Sukan Olimpik Paris 2024 mendominasi perlumbaan, berenang di bawah catatan rekod dunianya 3:54.18 sebahagian besar perlumbaan.

Anna Peplowski menduduki tempat kedua (4:10.55) manakala Emma Weyant ketiga (4:11.25).

Dalam kategori lelaki, Leon Marchand dari Perancis mencatat rekod peribadi 3:44.70, menewaskan bintang muda AS, Luka Mijatovic (3:45.30), dalam perlumbaan 400m gaya bebas pertama beliau sejak meraih dua gelaran dunia di Singapura.-AFP

Hey there! Ask me anything!