FIFA rancang VAR semak sepakan sudut di Piala Dunia 2026

WASHINGTON, 5 Disember – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) merancang menggunakan sistem video bantuan pengadil (VAR) untuk menyemak keputusan sepakan sudut pada Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Ketua Pengadil FIFA, Pierluigi Collina, menegaskan langkah itu tidak akan menjejaskan kelancaran perlawanan kerana masa menunggu semasa sepakan sudut biasanya 10 hingga 15 saat.

“Objektif utama ialah membuat keputusan tepat di padang. Adalah wajar menggunakan VAR untuk menyokong pengadil,” kata Collina.

Cadangan ini sebelum ini ditolak liga-liga domestik dan dalam mesyuarat International Football Association Board (IFAB) pada Oktober, namun akan dibincangkan semula pada mesyuarat IFAB Januari depan.

IFAB juga bersetuju VAR diperluas untuk menyemak keputusan kad kuning kedua yang salah sehingga membawa kepada kad merah.

Hey there! Ask me anything!