JDT lebur rekod tanpa kalah KL City, 4-0

KUALA LUMPUR, 18 Disember – Rekod tanpa kalah Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam saingan Liga Super musim ini berakhir selepas tunduk 0-4 kepada Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam.

JDT membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Cristian Glauder yang menanduk masuk sepakan penjuru Oscar Arribas.

Dua minit kemudian pasukan pelawat menambah gol seterusnya menerusi pemain sayap Harimau Selatan Manuel Hidalgo.

Kemudian Jairo Da Silva meledak gol ketiga pelawat pada masa kecederaan babak pertama untuk Harimau Selatan mendahului 3-0.

Memasuki babak kedua Oscar menamatkan aksi berkenaan pada minit ke-73 sekali gus menamatkan aksi berkenaan dengan kemenangan 4-0.

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz, memuji prestasi pasukannya sekali gus membuktikan konsistensi dan ketajaman pasukan menentang KL City.

“Ia bagus, saya gembira. Kami berjaya melakukan pertukaran beberapa pemain hari ini. Saya fikir ia bagus kerana kita perlu bersiap sedia untuk memasang fokus yang baik untuk permainan seterusnya,” kata Xisco Munoz selepas tamat permainan di ibu negara.

Sementara itu, Jurulatih KL City Risto Vidakovic menegaskan masih banyak perkara yang perlu diperbaiki menjelang aksi seterusnya.

“Pada ketika ini, kami perlu memperbaiki dan memulakan semula beberapa perkara dari awal,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.