Kejohanan E-Sukan Rakan Muda Wanita 2025 tawar wang tunai RM50,000

KUALA LUMPUR, 29 November – Kaum wanita di seluruh negara berpeluang untuk menyertai Kejohanan E-Sukan Rakan Muda Wanita 2025 (RMWEC25) anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) dengan sokongan Rakan Muda, bulan depan.

Menurut ESI, saingan RMWEC25 itu menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM50,000.

Penyertaannya terbuka kepada wanita warganegara Malaysia tanpa mengira umur atau latar belakang kelayakan dalam e-sukan.

ESI berkata kejohanan itu bertujuan memecahkan stigma bahawa industri e-sukan didominasi lelaki, selain meningkatkan keyakinan dan menonjolkan peranan penting wanita sebagai penyumbang utama dalam ekosistem digital negara.

“Peserta akan berentap dalam empat judul permainan popular iaitu Honor of Kings, Valorant, FC26 dan Gran Turismo 7,” jelas kenyataan tersebut.

Peserta dijadual berentap dalam pusingan kelayakan secara maya pada 8 Disember ini, manakala peringkat peringkat akhir dijadualkan berlangsung secara fizikal pada 19 hingga 21 Disember di ESI Hub, Spacerubix, Puchong.

Pendaftaran kini dibuka melalui pautan di akaun Instagram rasmi ESI, @esportsintegrated.

Hey there! Ask me anything!