Liga Pro Saudi: Al-Ahli kekal rekod tanpa kalah

JEDDAH, 23 November – Gol hasil rembatan cantik Franck Kessie pada separuh masa kedua memastikan Al-Ahli meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Al-Qadsiah 2-1 pada aksi Liga Pro Saudi yang dilangsungkan pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Galeno membuka jaringan awal pada minit keenam selepas kesilapan pertahanan Al-Qadsiah.
  • Al-Qadsiah menguasai permainan dan hampir menyamakan melalui peluang Mateo Retegui.
  • Ziyad Al Johani dilayangkan kad merah, memberi kelebihan kepada Al-Qadsiah sebelum gol penyamaan.
  • Franck Kessie menjaringkan gol kemenangan dua minit selepas penyamaan, mengekalkan rekod tanpa kalah Al-Ahli.

Al-Ahli bermula garang apabila Galeno meledakkan gol pertama seawal minit keenam hasil kesilapan pertahanan Al-Qadsiah.

Tersentak dengan jaringan berkenaan, Al-Qadsiah mulai menguasai perlawanan menerusi percubaan berbahaya Mateo Retegui yang hampir-hampir membuahkan hasil.

Penjaga gol Al-Ahli, Edouard Mendy dipaksa bekerja keras bagi memastikan gawang Al-Ahli tidak bocor.

Bermain sebagai tuan rumah, keampuhan Al-Ahli mulai teruji selepas Ziyad Al Johani dilayangkan kad merah akibat menyiku pemain lawan,

Kelebihan itu dimanfaatkan Al-Qadsiah pada minit ke-64, apabila hantaran silang Christopher Bonsu Baah disudahkan menerusi tandukan pemain gantian, Al Salem bagi menyamakan kedudukan 1-1.

Namun kegembiraan pelawat tidak bertahan lama. Dua minit kemudian, Kessie merembat masuk jaringan kemenangan bagi memberi kelebihan buat Al-Ahli sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu melonjakkan Al-Ahli ke tangga keempat liga dengan 19 mata sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah pasukan itu kepada 10 perlawanan musim ini. -REUTERS

Hey there! Ask me anything!