Liverpool peroleh £200 juta hasil jual pemain

LIVERPOOL, 19 Ogos – Liverpool berhasil menjual pemain melebihi nilai £200 juta pada jendela perpindahan musim ini.

Terbaharu melibatkan pemain sayap antarabangsa Scotland, Ben Doak yang bakal menyertai Bournemouth dengan perpindahan bernilai £25 juta.

Sepanjang di Anfield, pemain berusia 19 tahun itu hanya membuat 10 penampilan untuk pasukan utama Liverpool.

Bournemouth dilapor akan membuat pembayaran awal berjumlah £20 juta dengan tambahan £5 juta mengikut masa ditetapkan.

“Saya rasa ini masa yang sesuai untuk saya dan ia adalah peluang yang baik untuk bermain bola sepak di peringkat tertinggi. Rasanya sangat sesuai.

“Bournemouth adalah pasukan yang sangat bagus. Ia pantas dan ia sangat sesuai dengan permainan saya, jadi saya rasa saya tidak boleh menolak peluang untuk bermain di sini,” kata Doak.

Pemain lain yang dijual The Reds ialah Luis Diaz, Darwin Nunez, Trent Alexander-Arnold, Caoimhin Kelleher, Jarell Quansah dan Tyler Morton.

Dana yang diperoleh hasil penjualan pemain itu membolehkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris berkenaan membelanjakan kira-kira £300 juta untuk mendapatkan Florian Wirtz, Hugo Ekitike, Jeremie Frimpong, Milos Kerkez dan Giovanni Leoni.

Hey there! Ask me anything!