Napoli berpeluang tundukkan Juventus dalam perebutan Serie A

MILAN, 5 Disember – Napoli berpeluang menyingkirkan Juventus apabila kedua-dua gergasi Serie A itu bertemu Ahad ini, dalam perebutan gelaran liga yang semakin sengit.

Juara bertahan Napoli kini berkongsi mata dengan pendahulu AC Milan dan berpeluang menduduki tangga teratas sekurang-kurangnya untuk sehari.

“Walaupun prestasi Juventus mengecewakan. Napoli juga berdepan kecederaan beberapa pemain utama termasuk Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku. Pertemuan ini hanya satu perlawanan,” jelas Ketua jurulatih Napoli Antonio Conte.

Juventus pula bergelut sejak Scudetto terakhir mereka dan kini berada di tangga ketujuh.

Mereka kini dikendalikan jurulatih ketiga tahun ini selepas Luciano Spalletti menggantikan Igor Tudor pada akhir Oktober, dan berada di tangga ketujuh, lima mata di belakang Napoli.

Dalam pada itu, bintang muda Como, Nico Paz, terus menyerlah musim ini dengan lima gol dan lima bantuan jaringan, serta berpeluang tampil di pentas besar di San Siro pada Sabtu menentang Inter.-AFP

Hey there! Ask me anything!