RIYADH, 23 November – Ruben Neves dan Darwin Nunez menjadi wira Al-Hilal selepas mencatat kemenangan ke atas Al-Fateh 2-1 pada Sabtu.
Paa perlawanan tersebut, Al- Fateh membuka jaringan menerusi sepakan penalti menerusi Mourad Batna hasil semakan VAR.
Al-Hilal kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi Darwin Nunez yang berjaya memanfaatkan hantaran Kalidou Koulibaly dengan memeperdayakan penjaga gol Al-Fateh, Fernando Pacheco.
Al-Hilal terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas salah seorang pemainnya, Nasser Al Dawsari dilayangkan kad merah susulan terjahan ke atas pemain Al-Fateh.
Kekurangan seorang pemain tidak melemahkan semangat Al-Hilal yang bersemangat memburu gol kemenangan.
Hasilnya, Al-Hilal dihadiahkan sepakan penalti selepas Salem Al Dawsari dijatuhkan oleh pertahanan Al-Fateh di dalam kotak penalti pada minit-minit akhir permainan.
Kesempatan tersebut disempurnakan oleh Ruben Neves bagi menjadikan kedudukan akhir 2-1.
Kemenangan tersebut meletakkan Al-Hilal di tangga kedua liga, manakala Al-Fateh semakin menghampiri zon penyingkiran liga. – REUTERS

