Pearly-Thinaah janji pamer aksi terbaik di Sukan SEA Thailand 2025

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Pemain badminton beregu wanita negara, M. Thinaah dan gandingannya Pearly Tan, teruja serta bersemangat untuk membuat penampilan sulung pada Sukan SEA 2025 di Thailand, yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 20 Disember ini.

Thinaah berkata mereka berdua komited untuk mempamerkan aksi terbaik demi membawa pulang kejayaan kepada Malaysia dalam temasya dwitahunan tersebut.

Menurut kenyataan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pasangan itu telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi setiap perlawanan yang bakal ditempuhi.

Selain gandingan Pearly–Thinaah, skuad negara turut dibarisi pasangan beregu wanita ranking ke-22 dunia, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing, yang akan beraksi dalam acara beregu wanita serta acara berpasukan.

Malaysia kali terakhir meraih kejuaraan dalam acara beregu wanita di Sukan SEA pada 2015 menerusi gandingan Amelia Alicia Anscelly–Soong Fie Cho, manakala kejayaan terakhir dalam acara berpasukan wanita pula dicatatkan pada 2009.

Hey there! Ask me anything!