Pesta Bola Ngoca 2025 hidupkan tradisi, tarik lebih ramai pengunjung

SEREMBAN, 19 November – Penganjuran Pesta Bola Ngoca kembali menyerikan Negeri Sembilan tahun ini dengan menawarkan pengalaman unik, sarat elemen tradisi serta kemeriahan yang sukar didapati di tempat lain.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pesta menghidupkan tradisi bola ngoca sebagai warisan sukan rakyat dan lambang budaya Negeri Sembilan.
  • Pelbagai hadiah menarik dan ganjaran lumayan disediakan untuk pemenang, termasuk kategori tradisi.
  • Acara menampilkan aktiviti kekeluargaan dan komuniti untuk memupuk perpaduan serta memelihara budaya.
  • Penganjuran disasarkan menjadi acara tahunan dan 'trademark' Negeri Sembilan dalam sukan tradisional.
  • Pesta dijadualkan pada 29–30 November 2025 di Stadium Bola Ngoca, Perkampungan Budaya Terachi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata edisi kali ini menyediakan pelbagai hadiah menarik dan ganjaran lumayan kepada para pemenang, termasuk kategori tradisi dan pertandingan bola ngoca yang menjadi lambang warisan sukan rakyat.

Menurut beliau, selain pertandingan utama, pesta berkenaan turut menampilkan pelbagai aktiviti kekeluargaan dan komuniti yang bertujuan memperkukuh hubungan masyarakat serta memelihara budaya tradisional yang diwarisi turun-temurun.

1911 SKN N9 MBNS PESTA BOLA NGOCA 2Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun/Foto arkib/BERNAMA

“Saya berharap acara ini menjadi salah satu ‘trademark’ Negeri Sembilan dalam bidang sukan tradisional. Kita telah mempelopori penganjuran ini sejak era COVID dan mahu ia terus menjadi acara tahunan, dengan kehadiran lebih ramai pelancong pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) di Wisma Negeri Sembilan, di sini.

Pesta Bola Ngoca 2025 bakal berlangsung pada 29 dan 30 November ini di Stadium Bola Ngoca, Perkampungan Budaya Terachi.

Hey there! Ask me anything!