Sabah Osca Warriors buru kejuaraan, pertahan rekod cemerlang

LABUAN, 6 Disember – Pasukan Sabah Osca Warriors kembali menjadi tumpuan apabila turun memburu kejuaraan pada Karnival Ragbi Labuan 2025, sekali gus berusaha mengekalkan rekod kecemerlangan yang pernah menyaksikan pasukan itu muncul juara tiga tahun berturut-turut.

Kategori Lelaki Terbuka terus menjadi tumpuan apabila Osca Warriors – juara edisi 2024 selepas menewaskan KK Shark 15-3 – sekali lagi turun dengan reputasi besar untuk menawan Labuan.

Penyertaan mereka kali ini bukan sahaja menghangatkan saingan, malah menjadikan kategori berprestij itu lebih sengit berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Hampir 50 pasukan berentap di padang Dataran Labuan bagi edisi ke-23 kejohanan itu, yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir pada Ahad.

Penyertaan turut melibatkan pasukan dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Labuan merancakkan lagi persaingan dalam enam kategori dipertandingkan.

Meskipun berdepan keadaan cuaca yang tidak menentu, semua pasukan tetap meneruskan cabaran masing-masing untuk muncul juara dalam kategori yang disertai.

Karnival Ragbi Labuan 2025 dianjurkan Persatuan Ragbi Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan dan Kesatuan Ragbi Malaysia.
 

Hey there! Ask me anything!