THAILAND, 5 Disember – Skuad bola sepak wanita negara memulakan kempen Kumpulan B Sukan SEA 2025 dengan langkah kiri selepas tewas 0-7 kepada juara bertahan, Vietnam, di Stadium Chonburi sebentar tadi.
Vietnam yang juga juara lapan kali itu, tidak menunggu lama untuk menguasai perlawanan apabila Pham Hai Yen membuka jaringan seawal minit keempat, sebelum Nguyen Thi Bich Thuy menambah gol kedua pada minit ke-23.
Tiga minit kemudian, Hai Yen sekali lagi meledak gol peribadi kedua sebelum Tran Thi Hai Linh menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-32 untuk menutup babak pertama.
Bersambung babak kedua, Malaysia masih gagal bangkit ketika Vietnam terus mendominasi, dengan Thai Thi Thao menambah gol kelima hanya empat minit selepas rehat.
Kemenangan besar itu meletakkan Vietnam di tangga teratas kumpulan dengan tiga mata, berkongsi kedudukan bersama Myanmar yang menewaskan Filipina 2-1, manakala Malaysia berada di tangga tercorot.
Malayan Tigress kendalian Joel Cornelli akan berdepan Myanmar pada Isnin ini, sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Filipina pada Khamis depan.