Sukan SEA 2025: Malaysia tunggu perkembangan terkini banjir di Thailand

KUALA LUMPUR, 25 November – Bencana banjir yang melanda selatan Thailand diharap tidak menjejaskan penganjuran Sukan SEA 2025, yang dijadual membuka tirai lebih kurang dua minggu lagi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak penganjur Thailand dan urusetia dipantau rapi, Malaysia masih menunggu maklumat lanjut.
  • Beberapa venue seperti Tinsulanon Stadium dan Phru Khang Khao terjejas akibat banjir.
  • MOM bersedia dengan pelan kecemasan dan dalam keadaan berjaga-jaga jika diperlukan.
  • Harapan bahawa banjir reda dan keadaan kembali normal sebelum Sukan SEA bermula.

Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Kenny Goh berkata pihaknya sudah berhubung dengan tuan rumah namun belum mendapat sebarang perkembangan terkini.

“Saya difahamkan urusetia sedang memantau keadaan di sana dan sentiasa menghubungi Jawatankuasa Penganjuran Sukan Thailand (THASOC). Buat masa ini, kita masih menunggu perkembangan lanjut. Ada masa lagi, ini baru hujung November dan temasya bermula minggu kedua Disember. Kita berharap banjir reda dan keadaan kembali normal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau sesi latihan skuad skuasy negara di ibu negara hari ini.

Songkhla, salah satu kawasan penganjuran temasya dwi-tahunan itu, dilapor mengalami banjir.

Beberapa venue pertandingan turut terjejas, antaranya Tinsulanon Stadium yang mengadakan acara bola sepak, manakala Phru Khang Khao Sports Complex, lokasi pertandingan muaythai, turut ditenggelami air.

Tambah Datuk Kenny, pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi menyediakan pelan kecemasan sekiranya diperlukan.

Hey there! Ask me anything!