Trump terima Anugerah Keamanan FIFA pertama

WASHINGTON, 6 Disember – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Keamanan oleh badan bola sepak dunia FIFA, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Trump menerima anugerah itu di sini pada Jumaat semasa undian bagi Piala Dunia 2026 yang bakal dianjurkan AS bersama Mexico dan Kanada.

FIFA berkata, anugerah tahunan itu diberikan kepada ‘individu yang telah mengambil tindakan luar biasa dan cemerlang untuk keamanan’.

Trump menerima pingat dan trofi emas daripada Presiden FIFA Gianni Infantino atas usahanya menamatkan konflik di seluruh dunia.

“Ia benar-benar satu daripada penghormatan terbesar dalam hidup saya,” kata Trump.

“Dunia kini lebih selamat. AS tidak berada dalam keadaan baik setahun yang lepas, tetapi sekarang kami adalah negara paling ‘hangat’ di dunia.” katanya lagi.

Hey there! Ask me anything!