WJWC 2025: Hasrat skuad hoki wanita negara catat keputusan positif tidak kesampaian

KUALA LUMPUR, 6 Disember – Hasrat skuad wanita negara menutup kempen peringkat Kumpulan A dengan nota positif tidak kesampaian apabila Malaysia dibelasah 13-0 oleh Belanda, pada Kejohanan Piala Dunia Remaja (WJWC) 2025.

Pada perlawanan berlangsung di Santiago, Belanda mencatat gol menerusi pukulan sudut penalti (PC) Noor van den Nieuwenhof pada minit kelima sebelum Maud van den Heuvel menggandakan kedudukan dua minit kemudian menerusi gol padang (FG).

Kedua-dua pemain ini turut menyumbang gol masing-masing pada minit ke-57 (PC) dan 37(FG).

Iris de Kemp turut mencatat nama selaku penjaring dengan tiga gol pada minit ke-15 (PC), 17 dan 35 (FG), diikuti Guusje Moes pada minit ke-19 (FG), Mea de Vries (33’ PC, 42’ FG), Imke Verstraeten (36’, 49’ PC) dan Trijintje Beljaars (45’ FG.

Keputusan itu menyaksikan Young Tigress menamatkan saingan Kumpulan A di tangga tercorot tanpa sebarang mata manakala Belanda selesa selaku juara kumpulan dengan sembilan mata diikuti Jepun (enam mata) dan Chile (tiga mata).

Hanya juara kumpulan serta dua pasukan naib juara terbaik akan mara ke suku akhir manakala empat naib juara lain dan empat pasukan tempat ketiga terbaik akan bersaing dalam penentuan tempat kesembilan hingga ke-16.

Baki pasukan lain akan beraksi bagi menentukan kedudukan ke-17 hingga 24.

Hey there! Ask me anything!