Xin Jie–Yeen Yuan kejutkan beregu BAM, muncul juara kebangsaan

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Bekas pemain kebangsaan, Lee Xin Jie bersama Low Yeen Yuan mencipta kejutan apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk merangkul gelaran beregu wanita Kejohanan Badminton Kebangsaan 2025, pada Ahad.

Pilihan kedua kejohanan itu menewaskan gandingan remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Low Zi Yu–Nur Aina Maisarah Hatta, 17-21, 21-18, 21-12 dalam aksi akhir mendebarkan di Dewan Badminton Kompleks Kejiranan Presint 11.

Kejayaan itu melayakkan Xin Jie–Yeen Yuan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, manakala Zi Yu–Nur Aina menerima RM5,000 selaku naib juara.

Kekalahan tersebut sekaligus menggagalkan hasrat pasangan berusia 15 dan 16 tahun itu untuk muncul gandingan termuda menjuarai kejohanan kebangsaan.

Hey there! Ask me anything!