Chelsea ekori rapat Arsenal

LONDON, 23 November – Dua jaringan masing-masing oleh Pedro Neto dan Enzo Fernandez memastikan Chelsea menewaskan pasukan bergelut, Burnley 2-0.

RINGKASAN BERITA AI
  • Chelsea menang 2-0 ke atas Burnley melalui gol Pedro Neto dan Enzo Fernandez.
  • Gol pertama Neto dari tandukan hasil hantaran silang Jamie Gittens pada minit ke-37.
  • Burnley gagal mencipta ancaman berbahaya walau meningkatkan tekanan babak kedua.
  • Kemenangan membawa Chelsea ke 23 mata, hanya tiga mata di belakang Arsenal.

Bermain di lawan lawan, Chelsea membuka jaringan pada minit ke-37 menerusi tandukan Netto hasil hantaran silang Jamie Gittens.

Tuan rumah Burnley, dilihat longlai selepas gagal menghasilkan sebarang percubaan pada separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Burnley cuba mengasak dan memberi tekanan terhadap Chelsea, namun gagal menghasilkan percubaan berbahaya bagi menguji benteng pertahanan pasukan lawan.

Chelsea akhirnya mengesahkan tiga mata penuh menerusi jaringan Enzo Fernandez dua minit sebelum perlawanan tamat.

Kemenangan itu bermakna skuad ‘the blues’ kini memungut 23 mata dan hanya dibezakan tiga mata dibelakang pendahulu liga, Arsenal. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.