Dengan ini diperakukan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) adalah pemilik eksklusif kepada portal ini (Portal Berita RTM) yang menggunakan domain berita.rtm.gov.my dan semua versi terbitannya. Akses dan penggunaan portal ini oleh pengguna bermakna persetujuan pengguna terhadap syarat-syarat seperti berikut:-
HAK CIPTA
Kerajaan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerugian disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman sesawang ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh RTM.
Segala maklumat yang disiarkan di portal ini tertakluk kepada peruntukan undang- undang yang berkuat kuasa. RTM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, kerosakan atau liabiliti yang timbul daripada penggunaan maklumat yang dipaparkan
Akses kepada pautan pihak ketiga adalah bawah risiko pengguna dan kandungannya berada di luar kawalan RTM. Segala bentuk penyalahgunaan, pengubahsuaian tanpa kebenaran, atau penerbitan semula kandungan portal ini boleh dikenakan tindakan undang-undang.
SEKATAN PENGGUNAAN
Ke semua kandungan dalam portal ini tidak dibenarkan disalin semula, diterbit semula, dimuat naik, diubah suai atau diedarkan — melainkan telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada RTM. Pengecualian hanya dibenarkan berkongsi kandungan melalui pautan ke media sosial pengguna, tanpa sebarang pengubahsuaian kandungan.
PENAFIAN LIABILITI
RTM tidak memberi jaminan bahawa maklumat di portal ini adalah tepat, lengkap, terkini, tersusun dengan betul, bebas daripada kesilapan, virus atau gangguan perkhidmatan. Penggunaan kandungan dalam portal ini adalah atas risiko pengguna sendiri. RTM tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian — termasuk keuntungan hilang, kerosakan atau tuntutan undang-undang daripada pihak ketiga — akibat daripada penggunaan kandungan di portal ini.
PEMULIHARAAN HAK & TANGGUNGJAWAB (INDEMNITI)
Pengguna bersetuju untuk menanggung, mempertahankan serta tidak meletakkan sebarang liabiliti ke atas RTM terhadap apa jua tuntutan, saman, kerugian, penalti, kos atau perbelanjaan (termasuk yuran guaman) yang timbul akibat daripada penggunaan yang melanggar undang-undang, penyalahgunaan, pelanggaran terma penggunaan, pelanggaran hak cipta, atau apa-apa tindakan pengguna yang menyebabkan RTM terdedah kepada liabiliti.
PERUBAHAN TERMA
RTM mempunyai hak sepenuhnya untuk menambah, mengubah atau membatalkan mana-mana terma dan syarat pada bila-bila masa mengikut kesesuaian, termasuk mengenakan caj atau bayaran bagi penggunaan perkhidmatan tertentu. Pengguna hendaklah merujuk semula terma terkini setiap kali mengakses portal ini.
TERJEMAHAN AUTOMATIK (BAHASA)
Portal ini turut menyediakan fungsi terjemahan automatik menggunakan aplikasi pihak ketiga. Adalah diingatkan bahawa terjemahan dijana adalah secara automatik dan mungkin tidak seratus peratus tepat, atau ada kemungkinan berlaku salah maksud daripada teks asal iaitu bahasa Melayu atau ada istilah yang tersasar, atau struktur ayat yang berubah daripada konteks atau teks asal.
RTM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan terjemahan, salah tafsir maklumat atau kerugian yang timbul akibat penggunaan fungsi terjemahan automatik tersebut. Untuk rujukan yang tepat, pengguna digalakkan merujuk versi asal dalam Bahasa Melayu.
RINGKASAN BERITA BERASASKAN AI
Bagi ciri ringkasan berita yang dipaparkan dalam portal ini, ia dijana secara automatik menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Kandungan ringkasan tersebut mungkin tidak menggambarkan keseluruhan konteks berita asal dan boleh mengandungi maksud yang kurang atau tidak, pemilihan fakta yang tidak menyeluruh atau interpretasi yang berbeza daripada laporan penuh. RTM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kekeliruan, salah faham atau implikasi yang timbul akibat penggunaan ringkasan berita berasaskan AI ini. Untuk maklumat yang tepat dan lengkap, pengguna disarankan merujuk teks penuh berita asal.
PENAFIAN TAMBAHAN
Akses ke portal ini diberikan berdasarkan syarat bahawa RTM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian atau tuntutan akibat penggunaan, paparan, pembelian, atau penggunaan produk atau perkhidmatan melalui portal ini.