Kyrgios, Davidovich Fokina dan Paul tersingkir awal di Brisbane

Pemain tenis Australia, Nick Kyrgios/ REUTERS

BRISBANE, 6 Januari – Kejutan besar mewarnai pusingan awal Kejohanan Tenis Brisbane International apabila pilihan kedua, Alejandro Davidovich Fokina dan pilihan keempat dari Amerika Syarikat (AS), Tommy Paul, serta pemain tuan rumah, Nick Kyrgios tersingkir seawal perlawanan pertama, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Alejandro Davidovich Fokina tewas 6-7, 4-6 kepada Brandon Nakashima dalam pusingan awal.
  • Tommy Paul kalah kepada Giovanni Mpetshi Perricard selepas perlawanan tiga set sengit 6-7, 6-3, 6-7.
  • Nick Kyrgios kembali selepas kecederaan tetapi tewas 3-6, 4-6 kepada Aleksandar Kovacevic dalam 65 minit.
  • Kyrgios berusaha dapat wild card Terbuka Australia dan akan beraksi beregu bersama Thanasi Kokkinakis esok.

Pemain Sepanyol, Davidovich Fokina, gagal mempertahankan status pilihan apabila tewas straight set 6-7, 4-6 kepada wakil AS, Brandon Nakashima.

Sementara itu, Tommy Paul turut menerima nasib sama selepas melalui pertarungan sengit sebelum kecundang kepada pemain Perancis, Giovanni Mpetshi Perricard, 6-7, 6-3, 6-7.

Tumpuan turut terarah kepada Kyrgios yang kembali beraksi dalam perlawanan perseorangan pertamanya sejak Mac lalu selepas bergelut dengan kecederaan.

Pemain berusia 30 tahun itu bagaimanapun hanya bertahan selama 65 minit sebelum tewas 3-6, 4-6 kepada seorang lagi pemain AS, Aleksandar Kovacevic.

Kyrgios kini berharap memperoleh tiket wild card ke Terbuka Australia di Melbourne Park dan dijangka meneruskan usaha meningkatkan kecergasan perlawanan apabila bergandingan bersama Thanasi Kokkinakis dalam acara beregu pusingan 16 terbaik, esok. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.