Piala Gaynor Cincinnati 2022: Sivasangari terlepas peluang ke pentas akhir


OHIO, 6 Februari-
Impian pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari untuk ke pentas akhir dalam cabaran skuasy Piala Gaynor Cincinnati 2022 terbantut selepas tewas di tangan wakil tuan rumah Amerika Syarikat, Olivia Fietcher 2-3.

Pada aksi yang berlangsung di Cincinnati Country Club, atlet berusia 23 tahun itu bermula dengan langkah kanan selepas mudah mencatat kemenangan 11-4 di set pertama.

Fietcher bangkit di set kedua untuk meraih kemenangan 11-3, namun gagal meneruskan kecemerlangannya selepas set ketiga menjadi milik Sivasangari yang mencatat kemenangan 11-6.

Sivasangari tewas 16-18 di set keempat dan kecundang 9-11 di set penentuan, sekali gus menamatkan perjalanannya dalam kejohanan berkenaan.

Terdahulu, Sivasangari mara ke peringkat separuh akhir selepas membenam cabaran Tinne Gilis dari Belgium, Jumaat lalu.

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.