Banjir di Bolivia, enam dilaporkan hilang

ACHIRAS, 18 November – Sekurang-kurangnya enam dilaporkan hilang, beberapa lagi cedera, manakala rumah-rumah turut ditenggelami susulan hujan lebat dan limpahan sungai.

RINGKASAN BERITA AI
  • Enam dilaporkan hilang dan beberapa cedera selepas hujan lebat menyebabkan limpahan sungai serta banjir serius di wilayah Samaipata.
  • Komuniti Achira dan Cuevas paling terjejas; rumah ditenggelami, jalan raya dipenuhi sisa serta lumpur menutup laluan utama.
  • Datuk Bandar Samaipata merayu bantuan segera untuk operasi mencari, menyelamat dan pemberian bantuan kecemasan.

Menurut pihak berkuasa dan laporan media tempatan, keadaan itu mengakibatkan banjir serius di wilayah Samaipata, jabatan Santa Cruz, Bolivia pada Isnin (17 November), dengan komuniti Achira dan Cuevas antara yang paling terjejas.

Video yang tular di media sosial menunjukkan longgokan sisa dan serpihan memenuhi jalan raya, selain penduduk membersihkan lumpur yang memasuki kediaman masing-masing.

Jalan yang menghubungkan Santa Cruz ke Cochabamba juga tertutup akibat lumpur dan sisa runtuhan.

Datuk Bandar Samaipata, Eustaquio Casillas, menerusi X merayu tindakan segera daripada pihak berkuasa nasional dan serantau bagi membantu usaha mencari, menyelamat dan memberikan bantuan kecemasan.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.