China lancar tiga satelit eksplorasi angkasa lepas

BEIJING, 19 November – China melancarkan roket pengangkut Long March-2C yang membawa tiga satelit baharu ke angkasa lepas, pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • China melancarkan tiga satelit Shijian-30 untuk penerokaan persekitaran angkasa.
  • Roket pengangkut Long March-2C digunakan untuk pelancaran itu.
  • Satelit ditempatkan ke orbit yang ditetapkan dari Pusat Pelancaran Jiuquan.
  • Fungsi utama satelit ialah pengesahan teknologi berkaitan angkasa.
  • Ini adalah misi ke-608 bagi siri roket Long March.

Roket itu berlepas pada pukul 12:01 tengah hari waktu Beijing dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut negara itu, sebelum menghantar satelit Shijian-30A, Shijian-30B dan Shijian-30C ke orbit yang ditetapkan.

Menurut pihak berkuasa angkasa China, satelit berkenaan akan digunakan terutamanya bagi penerokaan persekitaran angkasa dan pengesahan teknologi berkaitan.

Pelancaran itu merupakan misi ke-608 bagi siri roket Long March. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.