Gempa bumi sederhana landa utara Laut Maluku

KUALA LUMPUR, 21 Disember – Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada Skala Richter dikesan berlaku di utara Laut Maluku, Indonesia pada 8.21 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu dikesan pada koordinat 1.5 darjah utara dan 126.4 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer.

Gempa bumi itu berada pada jarak 131 kilometer ke timur Bitung.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berkenaan. -BERNAMA

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.