Kereta api bertembung, lebih 40 cedera di Republik Czech

ZLIV, 20 November – Sekurang-kurangnya lima orang cedera parah manakala 40 yang lain cedera ringan selepas dua kereta api bertembung di Republik Czech pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lima orang mengalami kecederaan parah dan lebih 40 cedera ringan selepas pertembungan dua kereta api.
  • Kemalangan berlaku sekitar 132 kilometer di selatan Prague, Republik Czech.
  • Semua penumpang kedua-dua kereta api dipindahkan ke kawasan selamat oleh perkhidmatan bomba dan penyelamat.
  • Siasatan sedang dijalankan; maklumat awal menunjukkan satu kereta api mungkin melanggar isyarat berhenti.

Kemalangan berlaku kira-kira 132 kilometer di selatan Prague.

Menurut perkhidmatan bomba dan penyelamat, kesemua penumpang daripada kedua-dua kereta api telah dipindahkan ke kawasan selamat.

Sementara Menteri Pengangkutan Republik Czech, Martin Kupka, berkata kemalangan itu masih disiasat.

Bagaimanapun, maklumat awal menunjukkan salah sebuah kereta api berkemungkinan melepasi isyarat berhenti. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.