NEW YORK, 18 November – Pertubuhan Bangsa Bersatu, (PBB) memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Sudan semakin buruk.
RINGKASAN BERITA AI
- Krisis kemanusiaan di Sudan semakin buruk, memerlukan bantuan segera untuk menyelamatkan jutaan nyawa.
- Hampir dua daripada tiga orang di Sudan kini memerlukan bantuan akibat konflik berlarutan sejak April 2023.
- Malnutrisi melibatkan 15% kanak-kanak bawah lima tahun, menambah tekanan ke atas sistem bantuan kemanusiaan.
Ketua Kemanusiaan PBB, Tom Fletcher memaklumkan kepada media dalam sesi taklimat berkata hampir dua daripada setiap tiga individu di Sudan memerlukan bantuan.
Sejak April 2023, pertempuran antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah meragut puluhan ribu nyawa dan memaksa jutaan penduduk berpindah, menjadikan konflik itu antara krisis kemanusiaan terbesar di dunia.
Lima belas peratus kanak-kanak bawah usia lima tahun, dilapor menderita akibat malnutrisi.
Justeru, PBB menekankan bantuan segera amat diperlukan bagi menyelamatkan jutaan nyawa penduduk. – AFP