Pembunuhan beramai-ramai di Gaza meningkat lebih 28,000

PALESTIN, 16 Februari- Sekurang-kurangnya 28,663 penduduk Gaza terbunuh dalam serangan Israel ke atas wilayah itu sejak perang bermula pada 7 Oktober lalu.

Data terbaharu itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza semalam yang memaklumkan kebanyakkan korban adalah orang awam dalam kalangan kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Seramai 68,395 penduduk lagi cedera dalam serangan Israel yang banyak menyasarkan kediaman dan kemudahan awam seperti hospital serta kem pelarian.

Pihak tersebut memaklumkan, sekurang-kurangnya 87 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu. -AFP

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.