Puluhan berhimpun bantah kehadiran ejen persekutuan di Alameda

ALAMEDA, 24 Oktober -Puluhan penunjuk perasaan berhimpun di Alameda, California, pada Khamis bagi membantah kehadiran ejen persekutuan di sebuah pangkalan Pengawal Pantai (Coast Guard) di kawasan berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Puluhan penunjuk perasaan berhimpun di Alameda membantah kehadiran ejen persekutuan di pangkalan Pengawal Pantai.
  • Pasukan polis rusuhan dikerahkan untuk menghalang dan menguruskan bantahan terhadap kehadiran ejen persekutuan dan operasi ICE.
  • Trump berkata tidak akan menghantar ejen persekutuan ke San Francisco, walau sebelum ini ada rancangan untuk menghantar lebih 100 ejen.

Pasukan polis rusuhan dikerahkan untuk menghalang orang ramai yang menyuarakan bantahan terhadap kehadiran ejen persekutuan serta operasi Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) di negeri itu.

Terdahulu pada Khamis, Presiden Donald Trump dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan beliau tidak akan menghantar ejen persekutuan ke San Francisco.

Bagaimanapun, sebelum ini, Trump memberi bayangan bahawa San Francisco akan menjadi destinasi seterusnya bagi penempatan anggota Pengawal Kebangsaan (National Guard) yang dihantar ke beberapa bandar utama lain bawah pimpinan Demokrat langkah yang kini sedang dicabar di mahkamah.

Akhbar San Francisco Chronicle pada Rabu melaporkan bahawa pentadbiran Trump merancang menghantar lebih 100 ejen persekutuan ke San Francisco bagi mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang imigresen di bandar tersebut. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.