Sabitan Hasina disifatkan PBB sebagai langkah keadilan mangsa

NEW YORK, 18 November – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan sabitan terhadap bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina sebagai “langkah penting ke arah keadilan mangsa”, namun menzahirkan kekesalan terhadap hukuman mati yang dijatuhkan oleh mahkamah.

RINGKASAN BERITA AI
  • PBB anggap sabitan sebagai langkah penting menegakkan keadilan untuk mangsa keganasan politik yang teruk.
  • PBB menzahirkan kekesalan dan menolak hukuman mati dalam semua keadaan walaupun menyokong keadilan mangsa.
  • Hasina dihukum mati tanpa kehadiran, dituduh hasutan, mengarahkan pembunuhan dan gagal mencegah kekejaman semasa pemberontakan pelajar.

Jurucakap Hak Asasi Manusia PBB, Ravina Shamdasani berkata keputusan tersebut membawa perkembangan baharu dalam usaha membela mangsa, namun menegaskan PBB menolak hukuman mati dalam semua keadaan.

Menurut laporan PBB, sebanyak 1,400 kematian dan ribuan kecederaan direkodkan sepanjang demonstrasi antikerajaan antara 15 Julai hingga 5 Ogos tahun lalu, dengan majoriti mangsa ditembak pasukan keselamatan.

Insiden itu disifatkan sebagai keganasan politik paling buruk di Bangladesh sejak perang kemerdekaan 1971.

Hasina dijatuhi hukuman mati “tanpa kehadiran tertuduh” selepas perbicaraan berbulan-bulan yang mendapati beliau bersalah atas tiga pertuduhan utama: hasutan, arahan pembunuhan dan kegagalan mencegah kekejaman ketika pemberontakan pelajar.

Hasina, yang melarikan diri ke India pada Ogos 2024 ketika kemuncak penentangan terhadap pentadbirannya, menolak keputusan tersebut dan menyifatkan tribunal berkenaan sebagai manipulasi. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.