‘Save the Children’ kecam pembunuhan bayi di Gaza

GAZA, 18 September – ‘Save the Children’ mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan rejim Zionis terhadap 710 bayi baru lahir di Gaza.

Memetik laporan Agensi Berita Palestin (WAFA), pertubuhan kemanusiaan itu menegaskan, tiada ibu bapa yang perlu melalui keperitan dan kesedihan kerana kehilangan anak mereka.

“Sehubungan itu, kami tidak boleh menerima keganasan yang terus dihadapi oleh kanak-kanak Palestin sepanjang masa,” menurut kenyataan itu di platform X.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Gaza menerbitkan senarai yang menunjukkan tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 710 bayi baru lahir dalam serangannya di Gaza.

BERITA BERKAITAN:

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.