BRUSSELS, 1 Januari– Seramai 128 wartawan terbunuh di seluruh dunia pada 2025, lebih separuh daripadanya di Asia Barat, menurut Persekutuan Antarabangsa Wartawan (IFJ) pada Khamis.
- IFJ nazarkan kebimbangan serius terhadap situasi di Palestin, dengan 56 wartawan terbunuh sepanjang 2025 semasa perang di Gaza.
- Setiausaha Agung Anthony Bellanger menyifatkan jumlah korban sebagai amaran merah global bagi keselamatan wartawan.
- IFJ mengutuk impunitinya pelaku serangan dan menegaskan perlunya keadilan untuk menghentikan pembunuhan wartawan.
- Seramai 533 wartawan dipenjarakan di seluruh dunia, dengan China mencatatkan angka tahanan wartawan tertinggi.
Setiausaha Agung IFJ, Anthony Bellanger berkata jumlah korban yang membimbangkan itu meningkat berbanding 2024, dianggap sebagai “amaran merah global” untuk kumpulan wartawan.
IFJ turut menzahirkan kebimbangan serius terhadap situasi di wilayah Palestin, di mana 56 media profesional terbunuh sepanjang 2025 ketika perang Israel-Hamas berlarutan di Gaza.
“Kami tidak pernah melihat keadaan sebegini: begitu ramai kematian dalam tempoh singkat, di kawasan yang begitu kecil.”
“Tanpa keadilan, pembunuh wartawan terus bermaharajalela,” tegas Bellanger.
Selain Palestin, wartawan turut terbunuh di Yemen, Ukraine, Sudan, Peru, India dan beberapa negara lain.
Bellanger mengutuk apa yang digelarnya sebagai “impunitinya” pelaku serangan.
IFJ turut melaporkan bahawa seramai 533 wartawan kini dipenjarakan di seluruh dunia, jumlah yang telah meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh lima tahun terakhir.
China kekal sebagai negara yang menahan paling ramai wartawan dengan 143 individu di penjara, termasuk di Hong Kong, di mana undang-undang keselamatan nasional telah dikritik Barat kerana mengekang kebebasan bersuara.- AFP