Seminggu digantung operasi, Walf TV Senegal kembali bersiaran

DAKAR, 12 Februari- Stesen tv Senegal Walf TV kembali bersiaran, seminggu selepas isyaratnya dipotong oleh pihak berkuasa kerana didakwa ‘menghasut keganasan’.

“Kami telah bertemu Presiden Macky Sall dan dia telah memutuskan untuk menyambung semula isyarat itu,”kata Cheikh Niass, Pengarah Urusan Walf TV.

“Kami berterima kasih kepada rakyat Senegal yang berjuang keras, dan presiden atas sikapnya yang membebaskan seluruh rakyat,” tambahnya.

Kenyataan daripada Kementerian Komunikasi Senegal mengesahkan keputusan itu.-AFP

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.