Serangan Israel mencetuskan bencana kemanusiaan – PBB

NAIROBI, 10 Mei- Serangan darat Israel di Rafah, Palestin akan mencetuskan kepada bencana kemanusiaan, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.

Guterres memberi amaran itu selepas perunding meninggalkan rundingan gencatan senjata di Kaherah tanpa perjanjian.

“Kami terlibat secara aktif dengan semua pihak untuk menyambung semula kemasukan bekalan bagi menyelamatkan nyawa penduduk Palestin.

“Ini termasuk bahan api yang sangat diperlukan, melalui persimpangan Rafah dan Kerem Shalom,” kata Guterres kepada pemberita dalam lawatannya di sini. – AFP

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.