Tanah runtuh di nepal ragut 7 nyawa

KATHMANDU, 29 Jun– Kira-kira tujuh orang maut dalam dua kejadian tanah runtuh di barat Nepal pada Sabtu, menurut pegawai tempatan.

Dalam kejadian itu, lima beranak terkorban selepas rumah mereka dihanyutkan arus di daerah Gulmi.

Manakala, seorang ibu dan anak perempuannya maut dalam kejadian tanah runtuh di daerah Syangja, menurut jurucakap polis Indra Bahadur Rana.

Kematian terbabit menjadikan angka korban mencecah 34 sejak musim monsun bermula pada 10 Jun.- BERNAMA-XINHUA

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.