UK catat suhu paling panas pada Mei

LONDON, 2 Mei – United Kingdom (UK) merekodkan suhu paling panas dalam sejarah untuk bulan Mei, semalam.

Menurut Pejabat Meteorologi UK, suhu 28°C itu dicatatkan di Taman Botani Kew Gardens yang terletak di barat daya London.

Dilaporkan setakat ini, suhu masih terus meningkat.

Untuk rekod, pada 1990 bandar pesisir Lossiemouth di utara Scotland pernah mencatatkan suhu 27.4°C.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.