Wartawan antara yang cedera dalam serangan terbaharu Israel

GAZA, 12 April – Seorang wartawan yang lengkap memakai jaket berwarna biru dibawa ke Hospital Al-Aqsa untuk mendapatkan rawatan selepas serangan udara rejim Zionist Israel pada Jumaat.

Dalam serangan mengejut itu, berpuluh-puluh orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera selepas pengeboman Israel melalui udara, darat dan laut.

Serangan itu turut memusnahkan rumah dan dua buah masjid di kawasan kem Al-Nusseirat.

Pegawai kesihatan berkata sebelum ini enam orang terbunuh dalam serangan ke atas kem itu, dan kira-kira 70 lagi cedera, termasuk tiga wartawan Palestin. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.