BUKIT MERTAJAM, 25 Oktober – Dua lelaki tempatan, termasuk suami kepada mangsa, dalam kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang, dibebaskan dengan jaminan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini.
- Dua lelaki tempatan, termasuk suami mangsa, dibebaskan dengan jaminan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.
- Setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dan perlu dua penjamin tempatan.
- Salah seorang yang dibebaskan ialah kenalan mangsa, direman tujuh hari sebelum pembebasan.
- Tiga lelaki warga Nepal direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Majistret, Nurul Rasyidah Mohd Akit membenarkan masing-masing diikat jamin RM5,000 setiap seorang berserta dua penjamin tempatan.
Lelaki tempatan berusia 45 tahun yang dibebaskan itu merupakan kenalan mangsa, dan beliau sebelum ini direman selama tujuh hari bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan kes sama.
Dalam pada itu, tiga lelaki warga Nepal direman tujuh hari bermula hari ini hingga 31 Oktober bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 30-an hingga 40-an itu dikeluarkan mahkamah bermula hari ini hingga 31 Oktober.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.