Kes sumbang mahram: Peniaga pakaian terpakai mengaku tidak bersalah

ALOR SETAR, 16 November – Seorang peniaga pakaian terpakai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak kandungnya yang berusia 18 tahun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peniaga pakaian terpakai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan sumbang mahram terhadap anak kandungnya, 18 tahun.
  • Tertuduh, 49 tahun dan bapa kepada lima anak, mengaku tidak bersalah menerusi jurubahasa.
  • Kejadian didakwa berlaku di rumah di Air Hitam, Kubang Pasu pada 30 Oktober sekitar pukul 9.00 pagi.
  • Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan; dibenarkan tanpa ikat jamin, kes disebut semula 8 Disember.

Tertuduh, seorang lelaki berusia 49 tahun yang mempunyai lima anak, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan melalui jurubahasa di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan, pagi tadi (Ahad).

Menurut kertas pertuduhan, perbuatan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Air Hitam, Kubang Pasu pada pukul 9.00 pagi, 30 Oktober lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurfatin Mastura Asri.

Hakim memutuskan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan menetapkan 8 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.