56 penduduk terjejas banjir di Muallim

MUALLIM, 5 Ogos- Jumlah penduduk terjejas banjir di daerah Muallim, Perak setakat pukul 8.00 pagi tadi berkurang kepada 56 penduduk terjejas banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan berkata, hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di daerah tersebut.

PPS Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen menempatkan penduduk terjejas banjir paling ramai iaitu 56 penduduk terdiri daripada 13 buah keluarga.

Ia merangkumi penduduk di kawasan Kampung Sri Behrang dan Kampung Pauh.

Manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari telah ditutup sepenuhnya pukul 8.00 pagi tadi.

Banjir di daerah tersebut bermula sejak semalam berikutan hujan berterusan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.