AMH sokong tindakan ke atas pengirim dan penerima barangan lebih muatan

KUALA LUMPUR, 21 Oktober – Persatuan Haulier Malaysia (AMH) menyokong penuh cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) berhubung pindaan undang-undang bagi membolehkan pengirim dan penerima barangan turut dipertanggungjawab atas kesalahan lebih muatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • AMH menyokong cadangan pindaan undang-undang untuk mempateri akauntabiliti pengirim dan penerima barangan berkenaan muatan berlebihan.
  • AMH menentang sekeras-kerasnya amalan membawa muatan melebihi had ditetapkan.
  • MOT dipuji kerana mengambil peranan proaktif memastikan akauntabiliti sepanjang rantaian logistik.
  • AMH menyeru semua pihak, termasuk pemilik dan penerima kargo, memainkan peranan untuk kelestarian industri logistik.
  • Penguatkuasaan penuh dasar muatan berlebihan di pelabuhan bermula 1 Januari 2026.

AMH dalam kenyataan berkata, pihaknya menentang sekeras-kerasnya amalan membawa muatan lebih dan memuji peranan proaktif MOT dalam memastikan akauntabiliti bersama di sepanjang rantaian logistik.

“Semua pihak termasuk pemilik dan penerima kargo diseru untuk memainkan peranan masing-masing dalam menjamin kelestarian industri logistik.

“AMH juga kekal komited bekerjasama rapat bersama Kementerian Pengangkutan bagi memastikan pelaksanaan dasar ini berjalan lancar, sekaligus memperkukuh keselamatan dan kecekapan operasi pengangkutan negara”, katanya.

Penguatkuasaan penuh dasar muatan berlebihan di pelabuhan akan bermula pada 1 Januari 2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.