Banjir Sabah: Jumlah penduduk terjejas meningkat

KOTA KINABALU, 5 Januari– Situasi semasa banjir di Sabah mencatatkan pertambahan jumlah penduduk terjejas.

Setakat pukul 8.00 pagi tadi, seramai 513 penduduk melibatkan 177 keluarga direkodkan, meningkat berbanding 467 orang daripada 165 keluarga pada Ahad (4 Januari).

Selain itu, Kota Belud menjadi daerah terbaharu yang dilanda banjir.

Berdasarkan infografik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, di Beaufort, sejumlah 338 penduduk melibatkan 120 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.

Di Kota Kinabalu pula, seramai 158 penduduk melibatkan 53 keluarga berlindung di Dewan Masjid Al-Munir, Kampung Darau.

Sementara itu, di Kota Belud, 17 penduduk daripada empat keluarga berlindung di Dewan Kampung Lentigi, dengan keseluruhan

Secara keseluruhan, sebanyak 11 kampung di tiga daerah dilaporkan terjejas akibat banjir, setakat ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.