Bekalan elektrik di sekitar Gong Badak ditutup – TNB

KUALA TERENGGANU, 21 November – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan elektrik di kawasan sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu susulan paras banjir yang semakin meningkat.

TNB memaklumkan penutupan bekalan elektrik di kawasan itu telah menyebabkan dua lokasi iaitu Taman Desa YT dan Taman LG Utama terputus bekalan elektrik sepenuhnya.

“Langkah itu terpaksa diambil bagi memastikan keselamatan penduduk terutama pengguna setempat terjamin,” kata TNB menerusi hantaran di Facebook.

Tambah TNB, sekiranya banjir bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di cawangan terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

Selain itu TNB juga menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dalam keadaan hujan lebat dan berisiko banjir.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.