Bengkel jaga warga emas, usaha bina bandar raya mesra usia

PETALING JAYA, 23 Oktober – Bengkel Penjagaan Warga Emas Petaling Jaya 2025 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem penjagaan warga emas.

RINGKASAN BERITA AI
  • MBPJ bekerjasama dengan PPUM memperkukuh sistem penjagaan warga emas melalui bengkel khusus.
  • Inisiatif selaras dengan komitmen MBPJ dalam WHO Global Network for Age-Friendly Cities and Communities.
  • Penyusunan Pelan Tindakan Warga Emas 2030 dan Pelan Tindakan Ekonomi Penjagaan 2025–2030 untuk kesejahteraan warga emas.
  • Program PJ Food with Love hantar makanan sihat dan pantau kesihatan warga emas tinggal bersendirian.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon berkata, usaha itu selaras dengan komitmen MBPJ sebagai anggota WHO Global Network for Age-Friendly Cities and Communities, ke arah membina bandar raya mesra usia untuk semua lapisan masyarakat.

“Apabila warga emas dijaga dengan penuh kasih sayang dan dihargai sumbangannya, maka kita sedang membina masyarakat yang berjiwa serta bandar yang berperikemanusiaan.

“Petaling Jaya kini mempunyai lebih 823,000 penduduk, dengan warga emas berusia 65 tahun ke atas meningkat kepada 12.6 peratus. Seiring itu, MBPJ melaksanakan Pelan Tindakan Warga Emas Petaling Jaya 2030 dan Pelan Tindakan Ekonomi Penjagaan 2025–2030 bagi memastikan golongan emas menikmati kehidupan sihat, aktif dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Bengkel Penjagaan Warga Emas Petaling Jaya 2025 di sini.

Antara inisiatif mesra usia yang dijalankan ialah program PJ Food with Love, iaitu penghantaran makanan sihat serta pemantauan kesihatan kepada warga emas yang tinggal bersendirian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.