Dua kanak-kanak lelaki lemas di Tasik Menawan

JOHOR BAHRU, 22 Oktober- Dua orang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di Tasik Menawan, Taman Pelangi Indah, di sini, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi SAR dijalankan oleh 14 anggota BBP Johor Jaya selepas panggilan kecemasan diterima pada 9.44 malam.
  • Pencarian awal di permukaan air dilakukan pada jarak 25 kaki dari tebing sebelum PPDA mengambil alih.
  • Kedua-dua mangsa ditemui di bawah batu pada kedalaman 10 kaki, kira-kira lima meter dari tebing.
  • Mangsa, dua kanak-kanak lelaki berusia 9 dan 10 tahun, disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada polis.
  • Operasi SAR ditamatkan pada pukul 3.05 pagi selepas penemuan mangsa pada pukul 2.28 pagi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shafie Md Din berkata, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.44 malam tadi.

Pencarian awal dilakukan di permukaan air pada jarak 25 kaki dari tebing sebelum operasi disambung oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Menurutnya, kedua-dua mangsa ditemukan di bawah batu pada kedalaman 10 kaki, kira-kira lima meter dari tebing pada pukul 2.28 pagi.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Rayyan Iskandar Mohamed Hafiziee, 9 tahun, dan Muhammad Khalish Rayqarl Hasimibudi, 10 tahun, disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada pukul 3.05 pagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.