Fahmi wakil Asia di COMCEC OIC

KUALA LUMPUR, 4 November- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini dijadualkan mewakili Asia untuk menyampaikan ucapan pembukaan pada Sesi ke-40 Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Komersial (COMCEC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Menurut Fahmi, melalui lawatan kerja ke Turkiye, beliau berkesempatan bertemu dengan rakyat Malaysia yang berada di negara tersebut.

“Alhamdulillah, saya berpeluang bertemu lebih 30 rakyat Malaysia, termasuk pelajar di sini, dengan kehadiran TYT Sazali Mustafa Kamal.

“Saya dapat berkongsi pelbagai pandangan dengan mereka, khususnya berkaitan isu semasa di Malaysia,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.

Sebelum ini, beliau memaklumkan telah tiba di Istanbul untuk lawatan kerja selama tiga hari di Turkiye.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.