Hafazan surah jadi teras pendidikan awal kanak-kanak

PAPAR, 22 November – Kerajaan mengangkat pembelajaran hafazan surah sebagai teras pendidikan awal kanak-kanak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan jadikan hafazan surah teras pendidikan awal untuk membentuk akhlak dan kemahiran kanak-kanak.
  • Inisiatif melibatkan 123,000 murid Tabika KEMAS di seluruh negara.
  • Kerjasama diperluas dengan maahad tahfiz dan laluan TVET untuk pendidikan lanjut serta kemahiran.
  • Penambahan kelas Tadika KEMAS kepada 9,800 dan pelaksanaan pra tahfiz serta pendidikan khas autisme.

Ia membabitkan 123,000 murid Tabika KEMAS di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata usaha sama turut dipertingkat di maahad tahfiz, selain membuka laluan pendidikan TVET kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian dan menambah kemahiran.

Jelasnya, langkah tersebut selaras Dasar TVET Negara 2025–2030.

“Pendekatan ini penting bagi melahirkan generasi berakhlak dan berkemahiran,” katanya ketika berucap pada Program Kasih Desa @ Papar.

Sementara itu, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd. Hanafiah Man memaklumkan jumlah kelas Tadika Kemas akan ditingkatkan kepada 9,800 tahun depan.

Turut dilaksana kelas rintis Pra Tahfiz dan program pendidikan khas autisme di Sarawak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.