BATU PAHAT, 23 Oktober – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedia bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memperkukuh sokongan kesihatan mental dalam kalangan pelajar.
- Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bersedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk sokongan kesihatan mental pelajar.
- Kerjasama sejajar usaha kerajaan negeri memastikan perkhidmatan kesihatan mental dapat diakses semua lapisan masyarakat.
- JKNJ sedia menyediakan khidmat kaunselor dan pakar psikologi daripada Kementerian Kesihatan kepada sekolah.
- Kerjasama melibatkan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan program dan penglibatan bersama murid-murid.
- Pengumuman dibuat semasa pelancaran Sambutan Hari Kesihatan Mental peringkat negeri Johor di Institut Latihan Kesihatan KKM.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Ling Tian Soon berkata, langkah itu seiring usaha kerajaan negeri memastikan perkhidmatan kesihatan mental dapat diakses semua lapisan masyarakat.
“Jika pihak sekolah memerlukan khidmat kaunselor atau pakar psikologi daripada Kementerian Kesihatan, kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi melaksanakan program dan penglibatan bersama murid-murid,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Sambutan Hari Kesihatan Mental peringkat negeri Johor di Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM), di sini.