JKSM perkukuh penguatkuasaan sita simpanan penghutang penghakiman

KUALA LUMPUR, 23 Oktober -Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) kini sedang memuktamadkan usaha untuk menyita simpanan penghutang penghakiman.

RINGKASAN BERITA AI
  • JKSM memuktamadkan usaha menyita simpanan penghutang penghakiman melalui Mahkamah Syariah.
  • Inisiatif dilaksanakan hasil kerjasama dengan Bank Negara Malaysia untuk penguatkuasaan lebih berkesan.
  • BSK menyediakan pendahuluan nafkah sementara bagi bekas isteri dan anak terjejas.
  • Bantuan disalurkan melalui wang amanah sokongan keluarga sehingga tunggakan diselesaikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, langkah itu dijalankan hasil kerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM), sebagai usaha memperkukuh penguatkuasaan terhadap bekas suami yang gagal membayar nafkah.

“Perbincangan telah diadakan dengan pihak BNM supaya pihak BSK melalui Mahkamah Syariah supaya simpanan penghutang penghakiman tadi itu disita oleh mahkamah. Jadi yang ini akan dibuat oleh pihak BSK dan perbincangan itu telah dibuat,” kata Datuk Dr Mohd Na’im di Dewan Rakyat.

Katanya, kerajaan turut melaksanakan pendahuluan nafkah menerusi BSK bagi membantu bekas isteri dan anak yang terjejas akibat kegagalan bekas suami membayar nafkah.

Bantuan sementara itu disalur melalui kumpulan wang amanah sokongan keluarga bagi menjamin kebajikan penerima sehingga tunggakan diselesaikan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.