Warga emas maut terperosok bawah bas

BINTULU, 4 Julai- Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah bas di Batu 12, Jalan Bintulu-Samalaju, dekat Bintulu, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.07 minit pagi.

“Setibanya di lokasi, mangsa, Tang Ujum didapati terperosok di bawah bas bersama motosikalnya. Mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah bas, sejurus kemudian,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.