Kes saman selesai, MB Kedah tarik balik kenyataan fitnah terhadap PM

KUALA LUMPUR, 23 Oktober- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menarik balik kenyataan berunsur fitnah dan tohmahan yang pernah dikeluarkan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Muhammad Sanusi menarik balik kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara terbuka dan tanpa syarat.
  • Kedua pihak mencapai kata sepakat menamatkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Alor Setar secara baik dan muktamad.
  • Proseding dihentikan selepas mempertimbangkan kesan undang-undang, kos perundangan dan kepentingan negara.
  • Anwar menghargai tindakan itu dan bersetuju menarik semula saman sivil tanpa perintah kos atau kebebasan memfailkan semula.
  • Komitmen tidak mengulangi kenyataan yang menjadi asas tindakan guaman dan penghargaan kepada usaha mediasi mahkamah.

Ia selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat menamatkan pertikaian saman fitnah di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini secara baik dan muktamad.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua pihak bersetuju menghentikan prosiding selepas mengambil kira kesan undang-undang serta kos perundangan, selain isu-isu lebih besar yang perlu diberi perhatian demi kepentingan negara.

“Muhammad Sanusi Md Nor dengan secara terbuka, suci hati dan tanpa syarat menarik balik kenyataan-kenyataan yang telah dibuat olehnya pada 13 Novenber 2022 terhadap  Anwar Ibrahim,” menurut kenyataan.

Sementara itu, Anwar menghargai langkah itu dan bersetuju menarik semula saman sivil tanpa perintah mengenai kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

Kenyataan bersama itu juga menegaskan komitmen Muhammad Sanusi untuk tidak mengulangi sebarang kenyataan yang menjadi asas tindakan guaman, selain merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Dr Mohd Johan Lee dan pegawai-pegawai mahkamah atas usaha mediasi yang profesional.

“Kedua-dua pihak berharap agar penyelesaian ini diterima dan dihormati oleh semua pihak, serta tidak dijadikan bahan untuk mengganggu-gugat kesejahteraan, perpaduan dan keharmonian negara,” menurut kenyataan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.